Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padahnya. Apabila bercakap menggunakan kepala lutut, maka akibatnya adalah terlalu besar untuk ditanggung. Kenyataan Wan Abd Rahim yang sanggup mati bagi mempertahankan Karpal Singh jika diteliti dari aspek akidah, kenyataan tersebut sangat merbahaya. Baca laporan berita ini. KUALA LUMPUR 1 Jan. – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, wakil rakyat Pas itu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa kepada orang bukan Islam semata-mata atas kepentingan politik...READ MORE
No comments:
Post a Comment