PULAU PINANG, 11 Dis: ‘Berubah Sekarang' menjadi tema Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua yang bakal diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 18 dan 19 Disember ini.

Pengarah Konvensyen Pakatan Rakyat, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam sidang medianya bersama Setiausaha Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Ng Wei Aik dan Setiausaha Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusuf di luar dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) petang semalam menggariskan beberapa perkara yang menjadi keutamaan perbincangan.
Antaranya, kata Mujahid persediaan Pakatan Rakyat merancang strategi bagaimana untuk memenangi hati rakyat agar terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat ketika menghadapi BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti...READ MORE
No comments:
Post a Comment