Monday, March 01, 2010

Kepada Siapa, Untuk Siapa

Kepada siapa & untuk siapa? Cuba kita kembang-kembangkan minda kita sekarang. Usaha? Berbaloi-baloi bak kata Amy Search. Pasti ke? Aku pun manusia yang pasti penuh dengan kekhilafan. Aku pun teramat pasti yang membaca blog aku ni pun adalah manusia biasa. Kentut tetap busuk. Pangkat & darjat tinggalkan di bendul pintu. Sama sahaja kita semua. Mesti berani untuk hidup & mesti berani untuk mati. "Lu pikir la sendiri dah agak lapok", ape kata aku guna ayat ni plak, "sendiri mau hengat!" Aku dah ler demam, alih-alih dapat call ajak bertekak. Dah ler demam siap pakej sakit tekak. Lagi mau bertekak. Yang boring nyer, benda yang sama. Sakit hati dowh. Alangkah best bila ada yang bertanya khabar, dah baik ke demam, dah g klinik ke. Kebah le sikit demam aku. Sedih kan...dah le tiada sesiapa nak ku luahkan segalanya. Kenapa ler tak bleh nak pikir sesetengah manusia ni? Aku pun silap, terlalu mengharap sesuatu yang bukan2, last2 sendiri mau hengat. Padan ngan muka aku. Huhuhu. Kena luahkan kat tiang lampu isyarat ler. Lagi bagus. Tak sakit hati sebab dah mmg tahu tak berjawab & tak berakal. Tolong ler pahami aku. Kalu aku jer pun letih gak. Dah paham, makin paham dan makin mengada-ngada. Kadang2 kasi le can kat aku plak. Nak mengada. Hehehe. Tak seswai uols! Hahaha. Betol cakap pengasas kelab buaya kunyit, jangan terlalu mengejar kesempurnaan. Kita semua manusia biasa. Sama rasa, sama jiwa, sama suka & sama salah. Nuthing perfek lah kata omputih. Aku cuba tenangkan air yang berkocak demi kesempurnaan jumlahnya, tapi ditendang pulak. Mahu aku tak tersungkur bersama timba yang berair itu. Cukup gramatis tak? Apa la aku dok merepek nih. Huhuhu. Mungkin disebabkan simtom demam kura aku kot. Semakin menjadi niyang merapik-rapik. Benda bila ada kita tak hargai, bila dah ilang baru nak meraba lah, menyesal lah, pasrah lah dan yg sewaktu dgnnya. Udah terlambat kawan. Aku dah tak larat nk rasa. Sakit nya bukan kepalang. Hargailah kengkawan yang ada disekeliling anda. Percayalah, bila rindu ini masih untuk mu, jangan biar tersia. Kelak ia menjadi suatu penyesalan. Aku pun dah makin panas. Nak makan ubat jap. Kapla pun dh agak mengong. Adios myblogingapeapentah. Wasalam.

No comments: