
Pada 22 Feb 2010, sahabat aku Mohd Hafidz Samsudin telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah. Sememangnya suatu kejutan besar buat aku dan juga kawan-kawan. Dia pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi gurau senda antara kami. Tiada lagi segala-galanya. Sejak dari UiTM lagi, Hafidz sememang orang yang cekal dan teguh dengan pendirian. Mengejar cita-cita untuk menjadi Harimau Malaya tak pernah pudar walaupun telah meninggalkan zaman belajar. Walaupun adakalanya kawan-kawan yang nakal mengugat pendiriannya itu, namun Hafidz tetap Hafidz yang ku kenal. Kenangan aku dengan dia memang tersangatlah banyak. Malah, dia la yang mula-mula mengajar aku mengenal dunia IT. Dulunya aku memang bangang IT. Yang aku tahu nampak je komputer, terbayang CS, Red Alert, War Craft & sewaktu dengannya. Hanya sebuah medium untuk bermain 'game'. Terima kasih kepada arwah. Aku memang sedih sangat kerana arwah tak sempat melunaskan cita-citanya. Sebaliknya, arwah gugur sewaktu mengejar impiannya. Aku percaya arwah tetap akan puas hati dengan pencapaiannya kerana dia adalah Hafidz. Sewaktu mendapat berita duka mengenai arwah, aku tengah dalam training kat opis. Serius dowh...rasa luluh jantung aku. Lutut lemah aku. Terus aku menderingkan nombor arwah. Aku ingin bertanyakan kesahihan perkhabaran duka yang aku terima. Adik arwah, Helmi menjawab panggilan dan mengesahkan perkhabaran duka tersebut. Gigil tubuh aku. Dalam keadaan kegigilan aku menaip 'sms' untuk memaklumkan kepada seluruh kengkawan. Buat sementara waktu itu, aku hilang fokus. Hafidz oh Hafidz...kenapa cepat benar engkau pergi disaat kita baru sahaja membentuk haluan sendiri. Allahuakbar! Walau apa pun, aku tetap redha. Maafkan aku Hafidz sekiranya ada mengguris atau terlanjur kata ketika kita bersama. Aku rindu semua kenangan kita. Kenangan suka duka kita waktu belajar. Sungguh indah waktu belajar di UiTM. Sebuah memori akan terpahat & terpatri buat selama-lamanya dalam hati aku. Hafidz.........hang tetap dalam ingatan aku.....Al-fatihah....semoga rohnya ditempatkan dikalangan mukmin yang beriman.....amin.

No comments:
Post a Comment