Bertemakan oren keriangan, raya tahun ni tampak ceria. Hehehe. Gramatis sangat. Raya seperti biasa. Meriahnya bagi aku hanyalah di pagi raya. Lepas tu, semua sama je. Tiada yang istimewa pun. Sejak tua bangka ni, apa ler yang nak dimeriahkan sangat. Pagi-pagi pergi sembahyang raya di masjid Sg. Batu. Kemudian pulang untuk bersiap sedia memohon kemaafan sesama keluarga. Part ni ler yang paling aku suka. Mula ler terkeluar semua rahsia-rahsia sulit kerajaan selama ni. Maaf dipohon, keampunan ditagih. Hehehe. Walau apa pun kena ler maaf. Hari raya le katakan. Layan kan je la. Sebagai yang paling kertu diantara kami berempat, wajib ler hulur menghulur. Kalau tak hulur mahu nyer dituntut berganda tahun depan. Huhu. Selepas acara bersalaman ni, mula ler mengatur rumah untuk diziarah. Adik aku yang bongsu apa lagi. Askar -askar batalion Taman Emas menanti. Memulakan 'ambush' la. Hahaha. Teringat zaman aku ber'ambush' rumah ke rumah dulu.
Seperti pada tahun lepas, aku akan melangkahkan kaki ke ofis pada hari raya pertama bagi meraikan warga kerja yang bertugas pada hari tersebut. Kehadiran bos-bos besar & sememangnya besar turut menyemarakkan lagi majlis. Cenderahati telah disampaikan kepada warga kerja yang bertugas oleh bos-bos besar. Majlis yang pada asalnya dirancang pada pukul 1 tengah hari telah sengaja dilajakkan waktunya bermula pada 2 tengah hari. Maklum ler, hari raya pertama, masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri. Walau apa pun, pujian serta penghargaan emas patut diberikan kepada warga kerja yang bertugas pada hari pertama ini. Walaupun di hari raya, mereka telah berkorban bagi melancarkan segala urusan operasi. Syabas di atas kesudian berkorban demi syarikat. Namun, pengorbanan ini seharusnya tidak boleh dipandang enteng. Bukan hanya pada hari raya, sepanjang tahun menabur bakti demi syarikat. Campakkan ler sedikit keceriaan kepada golongan ini. Semoga khidmat lebih berinisiatif & proaktif. - AKU KESAH & KESIAN - Selamat Hari Raya!
No comments:
Post a Comment