Friday, September 04, 2009

Kepala Lembu

Setibanya aku di ofis dan melabuhkan punggung di kerusiku lalu membuka PC ku. Pelik je ayat aku ni...hmm...mmg cikgu Bahasa Melayu aku gerenti demam ler baca ayat-ayat aku ni. Lantak ler...yg penting, ADA AKU KESAH? Hahaha. Berbalik kepada apa yang nk aku ceritakan. Dapat email daripada sorang kawan pagi ni. Alamat blog...aku pun terus klik. Ketipakpompom...keluar cerita isu kepala lembu ni. Sebelum ni ada ler aku ikut pasal isu ni secara ala kadar. Blog yg kawan aku bagi ni siap gambar. Tak ke bengong pegi usung kepala lembu ke sana ke mari. Cuba pulak lepas ni puak Hindu usung babi pegi depan masjid. Marah? Harus ler kan. Tapi siapa yang mula dulu. Tak ke bongok namanye 2? "Kerana berak tak basuh, busuk satu kampung". Kesian betol aku tengok. Kesian dengan bangsaku. Aku bukan nak sebelah mana-mana parti politik, tapi guna otak ler sikit. Ingat ler generasi akan datang ni. Adakah kita nak tinggalkan depa dengan semangat individualisme & perkauman. Betapa susahnye pemimpin terdahulu berjuang nk dapatkan kemerdekaan dalam majoriti 3 kaum. Sama-sama le kita jaga. Ini memang akan cetus pertumpahan darah. Tapi aku harap tidak ler. Teruk betol minda Melayu hari ini. Terlalu taksub dengan duniawi sangat. Hidup secara aman berdosa ke? Kena buat kerosakan baru tenang jiwa ke? Biar jiwa kacau, asal tak menyusahkan orang. Pekebenda ler yang Melayu hari ni pikir? Kutuk-kutuk pun bangsa aku jugak. Sekadar membuka minda yang sengaja disempitkan. Sedarlah. Jangan dok pulun sangat. Esok mati Allah tak tanya hang sokong parti mana? Pikir ler sendiri sebelum terlambat. Hentikan ler kerja-kerja bodoh ni. Yang tak boleh belah 'statement' ni, "kepala lembu ni tiada kena mengena dengan kaum Hindu". Sepatutnya kepala dia yang org seksyen 23 patut usung. Orang Penang kata cempera kaduk. Tak payah ler sebut nama. Buat malu jer. Bangsa aku jugak. Adoiyai...Ada ke takde kena mengena. Sah-sah budak sekolah rendah pun taw. Tak kan tak pernah lalu tokong Hindu? Tolong ler...aku rayu sebagai salah seorang bangsa yg semakin dimalukan bangsa sendiri. Tolong ler buang songkok kat atas kepala tu. Sayu aku tengok. Rasa macam tak layak korang pakai. Sedih sangat. Bagi pihak bangsaku, aku mohon maaf. Sedar ler bangsaku! Jangan bertindak tanpa berfikir. Peduli ke masyarakat dengan 'statement'2 yang kita buat? Kesah ke mereka? Yang penting adalah intrepretasi masing2 terhadap sesuatu isu. Hari-hari cerita bangsaku yang tak pernah puas hati sesama mereka. Apekejadahnye ni? Inilah hakikatnya. Hentikan ler. Bangsa lain gelak besar dah ni. Makin hari makin besar gelaknya. Mana tak nye, tak payah baca komik nk ketawa. Baca paper pn dah boleh ketawa. Tengok hang tarik aku, aku tarik hang. Hahaha! Pasal isu kuil Hindu tu setel ler elok-elok. Aku nak hidup aman walaupun merempat, miskin dan serba daif. Nilai keamanan yang kita kecapi cukup bermakna. Kecik jer Malaysia ni pun. Sekali Korea Utara hantar sebiji nuklear compom hancur lebur. Terus hilang dalam peta dunia. Jangan le buat tindakan terus memalukan dan dimalukan ni. Cukup-cukup ler. Wassalam. -AKU KESAH-

No comments: