Thursday, June 04, 2009

Mahkotaku...





Waduh! Seantero Penang aku cari helmet KHI ni. Hampir-hampir putus asa gak ler. Namun nasib masih menyebelahi aku. Sonok beb! Bukan senang nk dapat hitam ala telur masin ni. Sebenarnya bukannye perlu sangat helmet baru ni ni, tetapi memandangkan terpaksa membelah lautan setiap hari maka terpaksa ler. Aku lagi selesa helmet 'seteng' or 'kura-kura' kerana lebih 'cool'. Angin senang masuk, cakap handphone pn senang dan pendek kata ringan ler kapla aku ckit yg dh smemangnya berat ni. Paling utama, helmet ni tidak mencetuskan nafsu serakah si perampok-perampok helmet di luar sana. Depa ckp mcm helmet 'keling'. Hahaha. Lantak ler. Ada aku kisah? Kalu nk kira mulut org mmg poket aku gak kempis. Apa kes? Baik helmet keling dari poket aku bocor dek benda-benda yg remeh ni. Yelar, tak kan nk pakai helmet time makan kt McD. Walaupun helmet mahal, tapi agak-agak ler. 'Cempera' nama nyer tu. Janji hati aku senang. Bukan susah sngat hidup ni kalu semua sekapla. Tapi malangnye kita hari ni mana boleh tahan org lebih ckit. Ukur bulu ketiak mamak dengan bulu ketiak kita mana nk sama panjang. Tahap ketumbuhan pun berbeza. Mamak lagi laju. Hehehe. Maksud aku pada-pada ler nk berbanding ngn org. Takut termakan diri. Tak gitu? Berbalik pada helmet baru aku ni, berat tak payah cakap ler. Kejap & mantap apatah lagi. Yang penting helmet aku tidak berpusing 360 darjah di pukul angin sepoi bersepah ketika berada di atas Jambatan Pulau Pinang. Ingin aku berkongsi satu cerita, satu hari seperti hari sebelumnya, aku keluar pagi untuk ke tempat kerja. Maklum ler, bangun pn cukup-cukup time je nk 'thumbprint'. Tak pakai punch card dah woo. Kompeni berteknologi le katakan. Setaraf global. Bermentaliti global. Global ke? Lantak ler. So aku mcm biasa akan menyeberangi lautan. Setiap kali aku naik je Jambatan P.Pinang ni, aku akan mulakan dengan Bismillah. Yelar, jambatan tengah dalam pembinaan. Ngeri woo! Ada kes siap kerangka besi jatuh atas kereta. Remuk beb! Hancur depan belakang. Itu kereta beb. Kalu aku yg naik moto ni. Lu pikir le sendiri. Org kata malang tidak berbau tetapi dalam kes aku ni malang dah ada bau-bau bacang cikit. So "BEWARE". Ok ler, aku pun teruskan perjalanan demi mencari sesuap nasi. Tiba-tiba datang si angin sepoi bersepah ni. Angin kencang le. Tahu ape yg berlaku? Helmet 'kura-kura' aku terpusing 360 darjah membelakangi aku. Sudah! Haru jadi nye. Tak nmpak jalan. Kelajuan moto aku dah le setaraf Ferari. Tak gelabah plak aku. Kecoh-kecoh. So, lepas 2 aku pun bertekad. Mesti beli helmet yg mantap & lagi kejap. Kawan aku pun cadangkan aku beli KHI ni. Mula-mula aku tak berkenan. Tapi bila tengok kaler hitam telur masin ni terus jatuh cinta. Huhu. Aku pun beli ler setelah aku berpusing-pusing keliling Pulau Mutiara ni utk beberapa ketika. Terima kasih le kepada cucu Mak Nona, Rofeezal kawan aku kecik2 dulu. Dia teman aku pi beli & top up duit aku yg tak berapa cukup time 2. Bila aku bawa duit utk beli mmg tak kan jumpa. Bila tak plan time 2 jumpa plak. Thanks Zall yg berhelmet Index Siam mali. Hehehe. So helmet ni skang aku pakai p keje ler. Daaa...

No comments: