Sunday, February 08, 2009

Apabila WANITA mempunyai kuasa

Bissmilahirahim pembuka bicara. Blog saya hari ini merupakan luahan rasa hati yang selama ini berselubung jauh di sudut hati ikhlas saya. Sememangnya saya ini merupakan hamba Allah yang amat kerdil & daif. Apalah hebatnya diri saya ini untuk mengkritik makhluk ciptaan-Nya yang Maha Mengetahui. Walaupun pengalaman hidup saya ni baru menjangkau 25 tahun tetapi pengalaman setiap individu adalah berbeza. Berbeza latar belakang dan keturunan. Harus di ingat MATI itu pasti. Izinkan lah diri saya berkongsi pengalaman hidup saya yang serba 'jiwa kacau' ini. Kalau zaman mak-mak saya 'dolu-dolu', rasa hati ataupun luahan rasa hanya diungkapkan melaui diari peribadi. Namun, zaman dah berubah. Berak & kencing hari ini pun perlu dibayar. Itulah hakikatnya. Tak perlu dipertikai kerana kita hari ini masing-masing melaluinya. Seiring dengan revolusi kini, kita tidak lagi menggunakan pena untuk luahan rasa tetapi dunia hari ini semuanya berada di hujung jari anda.

Sekali lagi ingin saya tegaskan, saya hanya meluahkan isi hati saya yang terbungkam di lubuk hati saya sahaja. Saya juga akui, diri saya ini bukanlah sempurna. Namun babak hidup saya hari demi hari mematangkan pemikiran saya dalam menilai perspektif dunia. Pernahkah kita mendengar ungkapan, 'kerana seorang WANITA, sebuah kerajaan boleh hancur lebus lunyai layu tidak bermaya'. Sememangnya wanita hari ini semakin berkredibiliti dalam setiap bidang yang diceburi. Namun setiap penilaian dari perspektif seorang wanita adakalanya mengundang persoalan & implikasi negatif. Tidak semua wanita mempunyai penilaian yang beremosi namun peratusan sebaliknya lebih tinggi. 80% : 20%. Setiap penilaian bukanlah hanya untuk menyelamatkan diri masing-masing. Kuasa yang di miliki tidak harus disalahgunakan. Setiap keputusan perlu dinilai impaknya. Betul kita harus sentiasa positif. Namun adakalanya mejadi negatif bagi perspektif dan juga pandangan orang lain. Ah! Pedulikan orang lain. Harus di ingat dunia ini bukan untuk seorang individu semata-mata. Jika dunia milik individu maka hancurlah dunia. Ini kerana tidak ada manusia yang 'perfect'. Setiap dari kita dikurniakan kelebihan berbeza. Ingat! Its is not all about you, it is all about us. Macam mana kita membentuk dunia hari ini adalah terserah kepada setiap peranan individu. Namun amat menyedihkan jikalau peluang yang ingin dikembangkan atau ditonjolkan terhad kerana dek kekangan individu yang yang sudah sedikit mahir dalam kehidupan dunia yang fana ini. Hanya sedikit mahir namun disalahgunakan. Mahir yang datang dari kurniaan Ilahi dieksplotasikan. Kurniaan Ilahi yang pada mulanya suci, menjadi durjana dek nafsu buas manusia yang tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Apa guna kita berlumba sedangkan mati itu pasti. Betul kita harus memberi dan mencuba yang terbaik dalam hidup kita yang singkat ini. Tetapi, harus ke setiap yang ingin digapai berkonsepkan menindas. Lagi menyedihkan apabila satu bangsa, agama & negara. Apakah erti hidup kita. Senang tatkala berjaya menindas, namun sengsara di sana! Lu pikirlah sendiri. Sedarkah, tidak hanya ibadah seharian kita dapat menjanjikan syurga sebaliknya keberkatan sesama manusia turut memainkan peranan penting. Dosa sesama manusia bakal membuatkan kita terpisah setapak dari syurga yang kita impikan. Kemaafan yang lahir dari bibir manusia adakah jujur & ikhlas? Pernahkah kita terfikir? Rambut sama hitam, tapi di hati Tuhan saja yang tahu. Luka & parut di hati kita tak nampak. Apatah lagi luka & parut yang memberi kesan sepanjang hidup mangsa. Cuba kita renungkan.

No comments: